MGG2801
Taufan Dalam Cawan (A Storm In A Teacup) Terjemahan MT Perkara itu terpaksa
terjadi juga, walaupun penyebabnya tidak seberapa. Inilah yang berlaku di
Singapura dan Malaysia disebabkan
kenyataan yang disuarakan sesama
mereka. Perdana Menteri Singapura, Goh
Chok Tong, telah mengucapkannya dalam satu majlis jamuan, betapa orang Melayu
Singapura adalah lebih berjaya daripada saudara mereka di Malaysia,
berdasarkan perangkaan yang ada di tangannya. Kenyataan itu adalah satu
tindakan bertahan terhadap sindiran yang mengenai Melayu Singapura yang
ditulis dalam sebuah buku oleh seorang Melayu Singapura dua tahun yang
lalu. Inilah yang menjadi isu dalam
percaturan politik orang Melayu,
memungkinkan otak mereka menjadi kematu. Apa yang tertulis dalam
buku dan apa yang disebut pada majlis itu, tidak menjadi penting lagi. Tidak
ramai di Malaysia yang pernah memegang buku itu apatah lagi untuk membacanya. Sedangkan kemarahan mereka
menunjukkan seolah-olah mereka semuanya sudah pun membacanya.
Inilah gambaran betapa persepsi dan bukannya kenyataan yang telah memainkan
peranan. Utusan Melayu sudah pintar dengan mainan itu. Ia menggunakan buku
yang sudah berusia dua tahun itu dan ditulis oleh sorang pendidik Melayu di Australia untuk menunjukkan betapa lemahnya orang
Melayu. Bukan sahaja mereka lemah di Malaysia bahkan di mana saja mereka
merupakan kumpulan yang minoriti. Inilah satu tindakan yang populis dan
berbaur perkauman. Sepatutnya sikap
semacam itu biarlah kekal di Malaysia sahaja. Nampaknya tidak pula. Singapura mengambil
pilihan untuk menjawab. Tetapi, kenapakah
Goh Chok Tong sanggup mencetuskan
perkara ini sambil mencemarkan hubungan baik dua hala, adalah sesuatu
yang tidak menyenangkan ramai manusia. Kenapakah dia tidak mewakilkan
kerja-kerja semacam ini kepada seorang ahli politik bawahan? Goh adalah
seorang yang sungguh dihormati di Malaysia. Ia memang lebih disegani daripada
menteri kanan, Lee Kuan Yew ataupun anaknya timbalan perdana menteri, Lee
Hsien Loong. Wisma Putra telah
memanggil Pesuruhjaya Singapura, K. Kesavpany, untuk menyerahkan bantahan
terhadap kenyataan Goh itu. Tetapi perkara itu ditenteramkan dengan cepat
sekali. Menteri Luar Syed Hamid Albar menyatakan bahawa kenyataan Goh itu
adalah satu tindakan untuk mencetuskan
hubungan yang lebih akrab. Itu saja yang mampu dilakukannya. Dia tidak
mampu memanjangkannya kerana kenyataan Goh itu memaparkan perbezaan pendirian dalam kaedah pemerintahan di dua
negara itu. Singapura terpaksa terus
maju dengan kepintarannya dengan mendapatkan khidmat golongan yang pintar-pintar untuk
menjadikan negara itu sebagai model antarabangssa. Itu sebabnya ia menggalakkan rakyatnya sentiasa berwaspada,
merangkul peluang yang ada dan berusaha menjadikan negara mereka terunggul di
rantau ini. Inilah kejayaan Singapura walaupun ia dilakukannya dengan
mencetuskan iri hati negara-negara jirannya. Inilah kejayaan sebuah republik
yang bermajoritikan kaum Cina sedangkan rantau ini adalah bermajoritikan
orang Melayu. Inilah kejayaan “sebuah kepulaun Cina di samudera Melayu yang
memang lama cemburu.” Singapura memang
mementingkan meritokrasi, satu konsep
di mana yang paling cekap dapat bertapak, kerana itulah matlamatnya. Di Malaysia, dalam dasar tindakan afirmatif terhadap orang Melayu, konsep
meritokrasi sengaja dipinggirkan. Orang Melayu Singapura mesti menyesuaikan diri dengan pandangan
meritokrasi itu, kerana kerajaan bersedia
membantu orang melayu ke arah itu dan tidak dengan cara memanjakannya.
Kalau konsep meritokrasi itu menjadi panduan di Malaysia ia akan
menghumbankan cirri-ciri “ketuanan Melayu” itu terpelanting jauh-jauh. Inilah
yang telah diulang-ulang oleh perdana menteri Mahathir Mohamad sejak berapa
lama dulu lagi. Orang Melayu Singapura
mudah mengeluh kerana dinafikan hak yang dinikmati oleh saudara mereka di
bahagian utara republik (Malaysia) sedangkan kaum Cina di Malaysia mengeluh pula kerana tidak menikmati
peluang yang dinikmati oleh orang
Cina Singapura. Kedua-dua anggapan ini adalah bersalahan. Lebih-lebih lagi
apabila seseorang itu menilai
kesenangan secara budayanya sedangkan
yang lagi satu menilainya dari aspek ekonomi pula. Kesenangan seseorang itu harus dinilai mengikut suasana
masyarakatnya dan bukan disebabkan
keindahan nirwana di
taman lain. Pencarian menggapai
peluang yang lebih indah sedangkan kaki yang mencari itu masih dirantai di
bumi yang menambatnya, tentu mencetuskan
suasana saling tidak
mempercayai di antara kaum yang terlibat. Tidak kiralah kalau masih
wujud suasana mengawal perasaan itu daripada mebuak-buak. Inilah
mulanya segala masaalah itu, terutama sekali di Malaysia. Di Malaysia, kaum
yang dominan ialah Melayu sedangkan di Singapura ia didominasi oleh orang
Cina. Yang menjadi moniriti di satu tempat menjadi yang dominan di tempat
yang lagi satu. Apabila anggapan ini terus bermain di minda seseorang, otak yang sama menganggap kehadiran kaum
yang lagi satu itu sebagai tembok besar
kepada kewujudannya sebagai kaum miniroti. Apabila anggapan itu ditonjolkan sebagai satu kerumitan
politik dalam sesuatu suasana, sudah tentu ia meletup secara terbuka. Apabila semua itu
diulang-ulang ia akan meledak laksana taufan dalam cawan. Semestinya ia
dibiarkan begitu saja. |